Today's tea time : Agar-agar Marble


ni yg sy wat..nampak macam ok, rasa xpastila plak.lepas ni nak taruk wane kuning lagi byk la

Salam..

Ye, ainko mmg suke wat desert, puddings, etc..so, ni kaler kedua wat agar2 marble tp kali pertama wat sendri..hr tuh wat ngan mak sedara yg mmg taiko masak, sure la jadikan..
Sy amek resipi dr blog Yati's Cooking : http://yatiecooking.blogspot.com/2008/11/agar-agar-marble.html

Okla resipi die..tp sape yang nak manis sket bleh tambah lg gula kot..

1 bungkus serbuk agar-agar (13gm per paket selalunya)
675ml air
22gm gula pasir
65gm mentega
4 biji telur
Setengah tin susu cair
1 sudu mkn tepung kastad
1 sudu mkn serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna kesukaan

Cara-cara:

1. Msk agar-agar, air + gula sehingga mendidih dan ketepikan

2. Dibekas yang lain, pukul telur sebentar kemudian masukkan susu + tepung kastad & kacau hingga rata barulah ditapis

3. Setelah ditapis. satukan adunan ini dengan adunan agar-agar & kacau rata serta msk semula sehingga mendidih

4. Masukkan mentega & vanilla & dikacau rata. Bolehle ditutup api.

5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Ikut warna kegemaran masing-masing le.

6. Cara nak menjalurkan agar-agar nie ada 2 cara.
Cara yang pertama : sengetkan loyang dan masukkan satu senduk adunan berselang seli warnanya sehingga habis.
Contoh: mula-mula masukkan adunan warna merah, pas tu warna hijau, pastu warna kuning, pas tu sambung balik warna merah,
hijau & kuning sehingga habis adunan.
Cara yang ke-2 : nie spt yang Yatie buat dlm gambar nie.
Nie tak yah nak senget-sengatkan loyang. Mula-mula masukkan adunan berwarna kuning di tengah-tengah loyang.
Diikuti warna cokelat diletakkan ditengah-tengah warna kuning. Pas tu masukkan warna merah ditengah-tengah warna cokelat.
Diikuti pula warna kuning diletakkan ditengah-tengah warna merah dan buatlah sebegitu sehingga habis adunan.

Comments

Popular Posts