Tunjuk Ajarku Sifu!
Assalamualaikum..
Tersebutla kisah..hai seorang anak dara meningkat usia 24tahun yang masih tidak mahir memasak..paling tidak hebat dalam keluarganya.. kakak-kakak, abang dan malah adik perempuannya juga lebih hebat darinya..adiknya itu juga sampaikan mahu beradu kehebatan memasak dgnnya..anak dara-24tahun-yg-tidak mahir memasak ini dgn mudahnya mengaku kalah..
Suatu hari anak dara-24tahun-yg-tidak mahir memasak itu berbincang bersama rakannya yg bercadang menganjurkan kelas terbuka sempena hari raya..tiba-tiba dicadangkan membuat spaghetti..wah, dgn pantas anak dara-24tahun-yg-tidak mahir memasak itu meng'offer'kan diri utk membuat spaghetti itu. yang sebenarnye dia tidaklah pandai membuatnya..pernah sekali sahaja belajar dgn kakak.
Beberapa hari sebelum tibanya anak dara-24tahun-yg-tidak mahir memasak itu perlu memasak spaghetti utk hidangan berpuloh-puloh org, anak dara-24tahun-yg-tidak mahir memasak itu hilang arah dan risau..
Segera meYM kakaknya..lalu..satu resepi yg hebat diberikan kpdnya melalui emel..Inilah dia..(ramai yang meminta resepi,jd sy letakkan di sini)..kredit to Kak Anis Murniza Abd Mutalib for d recipe..beliau ini kawan kakak.
Spaghetti Main Redah Atenyer...
Quantity :10 org mkn dgn 2 kali tambah :)
Bahan-bahan
2 paket Spaghetti -direbus bersama minyak zaitun (1 sudu)
Sos :
2 tin Tomato Puree
2 bay leaf
Italian herbs/Oregano secukup rasa
5 biji buah tomato-direbus bersama herba2 dan dikisar.Sekiranya suka boleh juga tomato segar dipotong dadu tanpa di rebus/dikisar.
3 sudi sos tomato
2 sudu kicap tiram
1 sudu sos cili/cili kisar (kalau nak pedas tambah lagi lah)
2 paket daging cincang-dicuci,ditos dan diperap dgn herba
Bawang putih 4 labu-dikisar
Bawang merah kecil 10 biji-dikisar
1 cawan susu segar
1 cawan air kosong
Garam dan gula secukup rasa
Cendawan butang-pilihan
Cara-Cara
Seperti biasa tumis bahan2 yg dikisar hingga keemasan dan naim bau.cewah heheh.
Masukkan herba-herba dan ditumis
Masukkan daging cincang dan tumis hingga kering air daging.
Masukkan sos tomato,tomato puree,sos tiram,sos cili dan ditumis dan masukkan air.Campur buah tomato yang dikisar.Masak hingga menggelegak.
Tambah cendawan butang.
Masukkan susu,garam dan gula secukup rasa.
Rasalah sos anda dan tambah herba atau perasa mengikut citarasa anda hehe.
Cadangan hiasan :Parmesan cheese dan sayur campur
~Inilah die..owh ya, akhirnya spaghetti yg dibuat oleh anak dara-24tahun-yg-belum mahir memasak itu menjadi!it was a success!sukses!sukses!ramai yg memuji,ramai yg bertanyakan resepi, so i put it here..harap kak anis xmarah eh..
~kawan2 yg nak resepi ini, say thanx to Kak Anis K!
~oleh itu, anak dara-24tahun-yg-tidak mahir memasak itu gembira xterkata dgn pencapaian terhebat dia..hehe
~nati blehla mtk resepi lg ngan kak anis..tunjuk ajarku sifu!
*thanx to yinhan, odet n usna yg byk membantu
Comments